Thursday, February 25, 2010

demam lagi....

25.02.2010

selamat pagi..demam lagi ari ni..cam makin teruk lak.batuk pun dh mula..hu..hu..keje lak byk...adoyaiiii...semua nk cepat.bertimbun2 keje ni..sampaikan jadi malas lak..he..he..pening fikir pasal nk kawin lagi..ingatkan minggu depan nk g pejabat agama amik borang nikah.sebab mr.w nak dtg bulan 3 ni utk wat test HIV sesama..nk g fitting baju dia sekali...ntahla jadi ke tak dipercepatkan.klu dicepatkan pun ok gak...ha..ha..bukannya apa,menamatkan pening kepala ni cepat sikit..hu..hu

Tuesday, February 23, 2010

baru naik keje...

ari ni baru mula keje...semlm saya mc.xbrapa sihat..cuaca yg xmenentu dan fikiran yg berserabut wat suhu badan pun xstabil.
sebenarnya, ari jumaat yg lepas W (tunangku) tepon bgtau yg mak dia meminta kami cepatkan majlis kerana tarikh pilihan tu ada bertembung dgn sesuatu...adoyaiiiii..camne ni???aku dh booking cameraman,mak andam dan juga kanopi.baru je g booking masa cuti raya cina ari tu..
bila bgtau kat mak, mak terus terang la xsetuju.aku pun dh serba salah la.nk jaga hati mak sendiri dan juga family W...ayah dia yg minta awal kan,maknya xkisah pun...hu..hu...aku pun xtahu nk kata camne...cuma aku doa minta ALLAH permudahkan la.mana yg terbaik utk ku dan semua org, maka permudahkan la...

Thursday, February 18, 2010

sekadar renungan

Pernikahan atau Perkahwinan. ......... ......

Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

baru nk bermula

sebenarnya dh lama nk buat blog sendiri...tp xde kesempatan.semalam tetiba terbaca satu blog yg agak menarik sgt...dia share pasal progress majlis perkahwinannya...sgt suka baca...hu..hu...so ari ni aku pun explore la camne cara nk memulakan blog ni...saya budak baru belajar...he..he..