Tuesday, June 29, 2010

gambo masa majlis ku...


suami yg sedang berdepan dgn tok kadi pada 22/5/10


masa majlis bersanding...


kat surau...sambil tggu masanya...:)


baru lepas make up...kat umah lagi...

Tuesday, June 22, 2010

sebulan sudah...

wahhh....sgt xsangka sudah sebulan saya menjadi isteri kepada Norazwan...hu..hu..sgt hepi n gembira walaupun perkahwinan kami perkahwinan PJJ...nk wat camne, dh tertulis begitu..sebulan yang lepas waktu ni tgh berdebar2 menunggu kul 2.30 ptg...klu ingt2 balik cam best je keadaan masa tu..alhamdulillah, semua dh berlalu n berjalan lancar..moga ikatan pernikahan n kasih sayang kami berdua kekal selamanya...hingga ke akhir usia, dunia & akhirat...amin...

Wednesday, May 5, 2010

17 ari lagi

wahh....bila tgk kalendar ada pelbagai perasaan dalam hati ni...ada rasa gembira,xsabo,takut dan mcm2 lagi la...semuanya ada.xleh nk diungkapkan dgn kata2.org yg pernah mengalaminya akan faham..masa ni la kita akan diuji dgn pelbagai dugaan yg kadang2 wat kita jadi tension..kadang2 kita yg nk kawin, tp org lain lak yg lebih2...he..he..mereka nk kita gembira pada hari bersejarah kita kan...sangka baik..tp semua hati nk kena jaga..dlm masa hati sendiri pun nk kena jaga gak tu.camne nk wat tu????tp masing2 ada cara nk hadapi semua ni..make sure jgn stress takut nanti masa majlis tu jatuh sakit n ilang lak seri pengantin...

kepada kawan2 ku, doakan la majlis saya berjalan lancar ye...saya ingin menjemput semua kwn2 menghadiri majlis saya tu..sila tinggalkan alamat utk saya hantar kad melalui pos...



dijemput hadir ye..teringin gak nk jumpa kwn2 B2B yg lain...

Friday, April 30, 2010

Hari ni saya ada sikit info tentang cara utk memahami hati lelaki...tentu masing2 kadang2 tak faham kenapa lelaki atau encik tunang atau encik suami atau encik boyfriend berkelakuan yang wat kita pening...saya pun camtu gak..camne mereka kadang2 tak faham kita begitu la sebaliknya kan...hu..hu...k la, ni ada beberapa info yg mungkin dapat membantu...

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam
keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh
jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah
anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah `gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan `tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan
dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa
berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Andatelah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh
memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri
akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Thursday, April 22, 2010

debaran makin terasa

ari ni adalah 22.04.2010...bayangkan keadaan sebulan dari sekarang...hu..hu...camne la keadaan masa tu...suka sgt berangan aku ni..:) papepun debaran mmg makin terasa...mcm2 berada difikiran..bilik lum kemas lagi..kad lum hantar lagi...lum manjakan diri lagi..tp xpe, insyaALLAH semua akan berjalan lancar..xmau stress2...kena tenang kan diri Sri...doaku moga majlis ku nanti berjalan lancar dan dipermudahkan oleh NYA..juga moga ikatan kasih sayang antara aku dan encik tunang akan bahagia hingga akhir hayat, dunia dan akhirat...amin..

Wednesday, April 14, 2010

14/04/2010 ( 1 bulan 1 minggu 1 hari )

wahhh...tajuk x tahan tu...:) saya menghitung ari yg sama dgn mrs engineer kita..hu..hu...rasa sungguh kejap masa tu berlalu...dh pun pertengahan bulan april...wat masa ni lum rasa berdebar sgt la sebab tgh sibuk uruskan hal2 berkaitan majlis kan...maybe klu masuk bulan 5 bru rasa debaran kot...ha..ha...
pelbagai perasaan ada dalam hati ni..dan rasa bersyukur sebab ramai yg sudi membantu n menyumbang utk majlis ku nanti..thanks utk mereka semua.moga rezeki mereka akan lebih murah n mudah...betul la org kata klu mmg dah jodoh kita ALLAH akan permudahkan segalanya..itula yg aku rasa.perjalanan hubungan ku dgn encik tunang berjalan dgn cukup pantas sekali..kami kenal pertengahan 2008..bertunang awal tahun 2009 dan akan berkahwin pada bulan 5/2010 ni..Alhamdulillah kerana dipermudahkan segalanya.walaupun ada dugaan tp ianya masih terkawal lagi..ALLAH tu mmg adil...DIA dh ciptakan yg terbaik utk tiap hambanya...kita sebagai hamba harusla bersyukur dgn segala nikmatnya itu...redha dan terima seadanya...camtu la yg aku semat dalam fikiran...terima lelaki yg bakal menjadi suami ku ini seadanya sebagaimana dia menerima diriku ini seadanya...I LOVE U SO MUCH encik tunang...:) moga kita sama2 menghargai semua pemberian dan nikmat dari NYA...insyaALLAH
TEMUDUGA/TEMUBUAL KAWIN
rasanya dh seminggu xmenulis di blog ni cuma jadi pembaca kepada blog orang lain je..he..he..actually aku dan encik tunang dh settlekan pasal urusan temuduga kami. encik tunang settlekan part dia pada 07/04 dan aku pada 08/04...bila dh g temuduga/temubual tu sgt lega..hu..hu..tp masa nk temuduga tu mmg sgt nervous tau..sampai aku terlupa ayat yg dia suruh baca...aku ckp "sori encik, blh saya ulang"...pegawai tu ckp " blh..blh...nape ni..jgn nervous2 sgt...rileks..rileks"..hu..hu..apala cik sri ni kan..:D dh settle semua tu kami g mkn Pizza Hut...encik tunang ckp dh lama xmkn Pizza...lepas mkn tetiba encik tunang ckp, jom kita g kedai emas...wahhhh....sgt tidak percaya..biasa encik tunang minta mak dia yg uruskan bab2 emas ni mcm masa tunang n risik ari tu..memula encik tunang ckp nk tgk je, tp bila fikir2 balik dia setuju nk beli..akhirnya aku dapat gak beli gelang seperti yg aku minta..luv u my fiance..he..he..
kemudian kami g umah mak andam utk fitting baju encik tunang...last sekali g kedai wat baju nikah dan hasilnya...hu..hu...masih belum wat lagi...waaaa...."kak, saya nk amik akhir bulan 4 tau...jgn lupa"...sgt mendebarkan la berurusan dengan akak tu...hu..hu

Gubahan Hantaran.
Ahad yg lepas g ayer hitam utk beli brg2 yg diperlukan utk urusana gubahan tu..jln2 n kuar masuk kedai utk memilih...hu..hu..mlm tu aku settlekan 3 daripada 5..nasib xbyk cam masa tunang...tu yg rileks skit pasal urusan hantaran ni..tinggal nk letak brg2 n final touch utk hantaran nanti...skrg dh xblh rileks-rileks lagi...masa dh xpanjang..hu...hu...
wake up sri...kena rajin2...:)