Tuesday, June 29, 2010

gambo masa majlis ku...


suami yg sedang berdepan dgn tok kadi pada 22/5/10


masa majlis bersanding...


kat surau...sambil tggu masanya...:)


baru lepas make up...kat umah lagi...

Tuesday, June 22, 2010

sebulan sudah...

wahhh....sgt xsangka sudah sebulan saya menjadi isteri kepada Norazwan...hu..hu..sgt hepi n gembira walaupun perkahwinan kami perkahwinan PJJ...nk wat camne, dh tertulis begitu..sebulan yang lepas waktu ni tgh berdebar2 menunggu kul 2.30 ptg...klu ingt2 balik cam best je keadaan masa tu..alhamdulillah, semua dh berlalu n berjalan lancar..moga ikatan pernikahan n kasih sayang kami berdua kekal selamanya...hingga ke akhir usia, dunia & akhirat...amin...

Wednesday, May 5, 2010

17 ari lagi

wahh....bila tgk kalendar ada pelbagai perasaan dalam hati ni...ada rasa gembira,xsabo,takut dan mcm2 lagi la...semuanya ada.xleh nk diungkapkan dgn kata2.org yg pernah mengalaminya akan faham..masa ni la kita akan diuji dgn pelbagai dugaan yg kadang2 wat kita jadi tension..kadang2 kita yg nk kawin, tp org lain lak yg lebih2...he..he..mereka nk kita gembira pada hari bersejarah kita kan...sangka baik..tp semua hati nk kena jaga..dlm masa hati sendiri pun nk kena jaga gak tu.camne nk wat tu????tp masing2 ada cara nk hadapi semua ni..make sure jgn stress takut nanti masa majlis tu jatuh sakit n ilang lak seri pengantin...

kepada kawan2 ku, doakan la majlis saya berjalan lancar ye...saya ingin menjemput semua kwn2 menghadiri majlis saya tu..sila tinggalkan alamat utk saya hantar kad melalui pos...



dijemput hadir ye..teringin gak nk jumpa kwn2 B2B yg lain...

Friday, April 30, 2010

Hari ni saya ada sikit info tentang cara utk memahami hati lelaki...tentu masing2 kadang2 tak faham kenapa lelaki atau encik tunang atau encik suami atau encik boyfriend berkelakuan yang wat kita pening...saya pun camtu gak..camne mereka kadang2 tak faham kita begitu la sebaliknya kan...hu..hu...k la, ni ada beberapa info yg mungkin dapat membantu...

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam
keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh
jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah
anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah `gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan `tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan
dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa
berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Andatelah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh
memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri
akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Thursday, April 22, 2010

debaran makin terasa

ari ni adalah 22.04.2010...bayangkan keadaan sebulan dari sekarang...hu..hu...camne la keadaan masa tu...suka sgt berangan aku ni..:) papepun debaran mmg makin terasa...mcm2 berada difikiran..bilik lum kemas lagi..kad lum hantar lagi...lum manjakan diri lagi..tp xpe, insyaALLAH semua akan berjalan lancar..xmau stress2...kena tenang kan diri Sri...doaku moga majlis ku nanti berjalan lancar dan dipermudahkan oleh NYA..juga moga ikatan kasih sayang antara aku dan encik tunang akan bahagia hingga akhir hayat, dunia dan akhirat...amin..

Wednesday, April 14, 2010

14/04/2010 ( 1 bulan 1 minggu 1 hari )

wahhh...tajuk x tahan tu...:) saya menghitung ari yg sama dgn mrs engineer kita..hu..hu...rasa sungguh kejap masa tu berlalu...dh pun pertengahan bulan april...wat masa ni lum rasa berdebar sgt la sebab tgh sibuk uruskan hal2 berkaitan majlis kan...maybe klu masuk bulan 5 bru rasa debaran kot...ha..ha...
pelbagai perasaan ada dalam hati ni..dan rasa bersyukur sebab ramai yg sudi membantu n menyumbang utk majlis ku nanti..thanks utk mereka semua.moga rezeki mereka akan lebih murah n mudah...betul la org kata klu mmg dah jodoh kita ALLAH akan permudahkan segalanya..itula yg aku rasa.perjalanan hubungan ku dgn encik tunang berjalan dgn cukup pantas sekali..kami kenal pertengahan 2008..bertunang awal tahun 2009 dan akan berkahwin pada bulan 5/2010 ni..Alhamdulillah kerana dipermudahkan segalanya.walaupun ada dugaan tp ianya masih terkawal lagi..ALLAH tu mmg adil...DIA dh ciptakan yg terbaik utk tiap hambanya...kita sebagai hamba harusla bersyukur dgn segala nikmatnya itu...redha dan terima seadanya...camtu la yg aku semat dalam fikiran...terima lelaki yg bakal menjadi suami ku ini seadanya sebagaimana dia menerima diriku ini seadanya...I LOVE U SO MUCH encik tunang...:) moga kita sama2 menghargai semua pemberian dan nikmat dari NYA...insyaALLAH
TEMUDUGA/TEMUBUAL KAWIN
rasanya dh seminggu xmenulis di blog ni cuma jadi pembaca kepada blog orang lain je..he..he..actually aku dan encik tunang dh settlekan pasal urusan temuduga kami. encik tunang settlekan part dia pada 07/04 dan aku pada 08/04...bila dh g temuduga/temubual tu sgt lega..hu..hu..tp masa nk temuduga tu mmg sgt nervous tau..sampai aku terlupa ayat yg dia suruh baca...aku ckp "sori encik, blh saya ulang"...pegawai tu ckp " blh..blh...nape ni..jgn nervous2 sgt...rileks..rileks"..hu..hu..apala cik sri ni kan..:D dh settle semua tu kami g mkn Pizza Hut...encik tunang ckp dh lama xmkn Pizza...lepas mkn tetiba encik tunang ckp, jom kita g kedai emas...wahhhh....sgt tidak percaya..biasa encik tunang minta mak dia yg uruskan bab2 emas ni mcm masa tunang n risik ari tu..memula encik tunang ckp nk tgk je, tp bila fikir2 balik dia setuju nk beli..akhirnya aku dapat gak beli gelang seperti yg aku minta..luv u my fiance..he..he..
kemudian kami g umah mak andam utk fitting baju encik tunang...last sekali g kedai wat baju nikah dan hasilnya...hu..hu...masih belum wat lagi...waaaa...."kak, saya nk amik akhir bulan 4 tau...jgn lupa"...sgt mendebarkan la berurusan dengan akak tu...hu..hu

Gubahan Hantaran.
Ahad yg lepas g ayer hitam utk beli brg2 yg diperlukan utk urusana gubahan tu..jln2 n kuar masuk kedai utk memilih...hu..hu..mlm tu aku settlekan 3 daripada 5..nasib xbyk cam masa tunang...tu yg rileks skit pasal urusan hantaran ni..tinggal nk letak brg2 n final touch utk hantaran nanti...skrg dh xblh rileks-rileks lagi...masa dh xpanjang..hu...hu...
wake up sri...kena rajin2...:)

Wednesday, March 31, 2010

Petua Seri Pengantin

selamat pagi semua....ari ni adalah last day dalam bulan 3 kan..:) saya saja je la search pasal petua nk naik kan seri bagi pengantin.tu pun sebab kawan sya yg ingat kan...hu..hu..so terjumpa la petua2 ni...diharap B2B yg lain dpt la wat mana yg mampu..mana tau berhasil...persediaan utk hadapi hari bahagia nanti...selamat mencuba...:)


1.untuk serikan wajah, tumbuk kunyit sampai halus dan sapukan pada wajah, then bersihkan dengan air. Boleh jugak jadikan bedak sejuk yang dicampurkan dengan beras yang ditumbuk. Fungsi - nak ilangkan muka berminyak dan naikkan seri wajah.

2.Sapukan madu pada muka, dan biarkan kering. then basuh bersih. Tujuan - nak lembapkan muka yang kering. Tapi bagus jugak kalau amalkan madu setiap pagi..

3.Amalkan petua memakan kelopak bunga mawar yang segar, sekuntum setiap hari. Dahulukan dengan membaca surah alFatihah dan ayat nabi yusuf sebelum makan.

4.Lentikkan bulu mata dengan daun lidah buaya.

5.Hitamkan rambut dan hilangkan kelimumur dengan sapukan hiris limau purut pada rambut di kepala. Gosok dah basuh.

6.Naikkan seri wajah dengan mandi bunga. Harus try mandi bunga nie sebulan sebelum kawin. Paling2, 7 jenis bunga yang wangi... then hiris limau purut dan limau nipis dan campurkan sekali untuk menambahkan haruman pada air mandian
7.Rebus kurma cina dengan air hingga warnanya seperti warna teh. Then minum macam ko minum air masak hari2.. Tujuan - untuk menggalakkan peredaran darah.

8.Kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental kulit muka dan badan. campur dengan air mawar bagi memutih dan melembutkan kulit.

9.Gunakan serai sebagai syampu, apakah?????????? katanya, tumbuk serai tu then lumur kat rambut. Gosokkan kat kepala.. so, haruman rambut bukan aje menyegarkan malah boleh hilangkan kotoran pada kulit, gitu..

10.Kalau nak cantikkan kuku lak, sapukan jus limau purut pada kuku sekerap yang buleh.

Monday, March 29, 2010

hujung mggu di akhir bulan mac

28.03.2010

ari ni adalah ahad terakhir dalam bulan mac..hu..hu..next week dh masuk bulan april lak..sudah makin dekat ni...he..he...pagi settle kan keje2 kat umah dan basuh kain langsir utk bilik...ptg mulakan operasi mencari material utk wat brg2 hantaran kat air itam..sgt pening...dgn cuaca panas dan ketiadaan idea...adoyaiiii...last2 aku beli skit je brg2 tu utk wat cth..try wat satu dulu...klu cantik baru la akan beli lagi...ari ni juga g bayar deposit mak andam...sgt lega sudah bayar..nanti makcik nak carikan selendang yang sesuai utk majlis nikah nanti...tq pada cik salmah..xyah susah2 n pening2 lagi nk cari selendang...k la...idea xde nk tulis...nanti update lagi...

Wednesday, March 24, 2010

test HIV

17.03.2010

ari ni aku telah mengambil cuti rehat kerana encik tunang nk dtg sini.maklumla, jumpa pun sebulan sekali je...hu..hu..biasa dia dtg ujung mggu sebab aku xyah amik cuti.bln ni saje minta dia dtg waktu bekerja kerana nk amik test hiv sesama..he..he..kebetulan pakcik aku keje kat klinik kesihatan so senangla urusan kami...dah janji nk dtg jumpa dia kat klinik kul 11 pagi...tetiba dia call kata dia mc lak...adoyaiii...tapi dia kata dtg umahnya nanti dia wat test kat umah.wahhhh...sgt menarik...xperlu menunggu lama kat klinik...sgt beruntung..ALLAH permudahkan jalan kami :) sampai umah pakcik, isi borang yg dia bagi n pakcik amik darah skit dan terus dapat keputusannya...keputusan nya ialah....POSITIF tiada HIV....:D (saje je nk tulis perkataan positif tu..he..he..)

ni la sampul surat yg mengandungi hasil test HIV kami...hu..hu..



sudah selesai satu perkara...:)




lepas tu kami g bandar.aku nk cari kain langsir bilik...kakak ku sudah bertanya kerana dialah yg akan wat langsir utk bilik pengantin ku...thanks a lot my sister...pening memilih last2 encik tunang yg tlg watkan pilihan...ok la...ikut warna yg aku nak..coklat muda...issshhh...mesti cantik kan bilik ku nanti...ha..ha...berangan je..

ptg lak mak ajak temankan cari baju adik kat Nagoya...utk pertama kalinya mak keluar bersama2 bakal menantunya...kelakar lak..encik tunang hanya diam je..patutla mak kata dia pendiam..belum panas enjin lagi kot..he..he...lepas balik dari Nagoya aku dan encik tunang g kedai jahit yg amik upah wat baju nikah aku tu..dh ku jangka akak tu mmg xwat pun lagi..hu..hu...aku pun ckpla, "kak, saya nk amik bulan 4 tau...akhir bulan 4"...akak tu ckp blh tp kena ingtkan dia...mesti..mesti...kena ingatkan..kawan ku hany juga sudah pesan begitu sebab dia sgt bz dgn jahit,andam dll...

sgt penat seharian bersama dgn encik tunang tp hepi sebab dapat jumpa yg tersayang...hi..hi

luv u so much ...

Wednesday, March 10, 2010

kem motivasi jati diri

05.03.2010








ni serbuk emas yg melekat kat kuali kayu makcik tu






makcik tu dgn semangat nya mendulang..dulang..dulang...jgn x dulang...





dalam keadaan panas terik makcik ni dibantu oleh suaminya..aku dan ustazah sampi terleka tgk mereka mendulang..cam seronok lak..he..he





aku telah dilantik utk menjadi urusetia utk program tersebut.program yg melibatkan pengawas dari sek.men. LKTP Kahang Timur...seronok gak join program ni..dulu biasa jadi peserta je kali ni jadi urusetia lak.teringat lak zaman2 sekolah dulu..hu..hu..aku just jadi pemerhati dan uruskan pasal pemarkahan mereka je.ni 1st time kan...byk nk kena blaja.tapi ok la...fasilitator yg lain semua baik2 n sporting...i like...he..he..xrugi ramai kawan kan..program ni anjuran pusat islam bersama sekolah tersebut.wat kat D'Rimba mersing..tepi laut tu...i like it again..:) aku memang sukakan pantai..keindahan di sana wat aku tenang.bila tgk laut tu rasa sgt tenang + dapat pahala kan..tp en tunang pernah bgtau yg dia xsuka pantai sebab panas..dia lagi suka g air terjun..pulak dah...adoyaiiii...
program tu berlangsung 2 hari..5 dan 6/03..jumaat mlm tu ada kembara.rentas hutan belukar...sikit je la.aku xjoin masuk hutan pun.cuma hantar peserta sebelum masuk dan tggu kat check point terakhir...ngelat kan..hu..hu..sebab aku xnk kena serang dgn fasi2 yg dh tggu kt dalam tu...biarla student2 je yg kena...ha..ha..tp xsangka aku kena gak...issshhh...fasi2 tu tembak aku dgn pistol air..sabo je..nasib gelap, klu tidak sudah ku balas..:) duduk kat tepi pantai mlm2 hari rsa seronok sgt..bukan selalu leh duk tepi pantai mlm2 ni..duduk2 dgn fasi2 yg lain sambil sembang2..sgt tenang masa tu...


Haaa...nk jadi crita, ptg jumaat tu aku jumpa org mendulang emas.sgt teruja tgk mereka mendulang.ada la emas nya cuma kecil2 la..masa serbuk perada je (sgt halus kan) tp at least aku pernah la tgk org mendulang...he..he..nanti aku upload gambo makcik tu mendulang ye..eemmm...tu je la nk crita, klu ikut byk crita tp cukup la crita skit2 kan...:)

Tuesday, March 2, 2010

borang nikah

01.03.2010

ari ni terpaksa amik EL sebab g umah adik.dia xsihat dan nk bawa dia balik kg...rehat kat kg..sian dia.dh 2 mggu demam x baik2..alang2 dh cuti ni, saya pun gi la ke pejabat agama utk amik borang nikah...mr.w ckp nk g sesama, dia keje mlm n balik kul 9 tp dia minta balik awal.kul 7 dia dh balik umah.dlm kul 9 mr w amik kat umah adik.kami sampai pejabat agama kul 10.sejam gak tggu nk amik borang.xsangka beli borang pun kena beratur gak...hu..hu..borang utk kami ber 2 RM10 (termasuk borang HIV sekali)..after that dia ajak jln2 kat Nusajaya..kat sana tgh dlm pembinaan..kat dalam tu mmg cam Putrajaya la...sama je susunatur nye..:) cuma yg best kat situ ada laut...sgt best klu dpt keje kat situ..minta2 la dpt keje kat sana...amin...
petang bertolak balik ke BP..ujan lak kt highway..sgt lebat sampai kena buka double signal...hu..hu..ni la yg xsuka bawa keta kat highway..ujan dia sgt menakutkan...kenderaan pun masih nk laju2...terutama yg besar2 ni la...adoyaiii...mr. w masih bertanya pasal permohonan family nya utk cepatkan majlis...xtau nk kata apa...saya akan bincang dgn mak lagi...tu la jawapan yg mampu ku beri setakat ni...moga ALLAH sentiasa membantu hambaNYA ni...berila yg terbaik utk ku dan permudahkan la segalanya...aku berserah padaMU...

Thursday, February 25, 2010

demam lagi....

25.02.2010

selamat pagi..demam lagi ari ni..cam makin teruk lak.batuk pun dh mula..hu..hu..keje lak byk...adoyaiiii...semua nk cepat.bertimbun2 keje ni..sampaikan jadi malas lak..he..he..pening fikir pasal nk kawin lagi..ingatkan minggu depan nk g pejabat agama amik borang nikah.sebab mr.w nak dtg bulan 3 ni utk wat test HIV sesama..nk g fitting baju dia sekali...ntahla jadi ke tak dipercepatkan.klu dicepatkan pun ok gak...ha..ha..bukannya apa,menamatkan pening kepala ni cepat sikit..hu..hu

Tuesday, February 23, 2010

baru naik keje...

ari ni baru mula keje...semlm saya mc.xbrapa sihat..cuaca yg xmenentu dan fikiran yg berserabut wat suhu badan pun xstabil.
sebenarnya, ari jumaat yg lepas W (tunangku) tepon bgtau yg mak dia meminta kami cepatkan majlis kerana tarikh pilihan tu ada bertembung dgn sesuatu...adoyaiiiii..camne ni???aku dh booking cameraman,mak andam dan juga kanopi.baru je g booking masa cuti raya cina ari tu..
bila bgtau kat mak, mak terus terang la xsetuju.aku pun dh serba salah la.nk jaga hati mak sendiri dan juga family W...ayah dia yg minta awal kan,maknya xkisah pun...hu..hu...aku pun xtahu nk kata camne...cuma aku doa minta ALLAH permudahkan la.mana yg terbaik utk ku dan semua org, maka permudahkan la...

Thursday, February 18, 2010

sekadar renungan

Pernikahan atau Perkahwinan. ......... ......

Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

baru nk bermula

sebenarnya dh lama nk buat blog sendiri...tp xde kesempatan.semalam tetiba terbaca satu blog yg agak menarik sgt...dia share pasal progress majlis perkahwinannya...sgt suka baca...hu..hu...so ari ni aku pun explore la camne cara nk memulakan blog ni...saya budak baru belajar...he..he..