Wednesday, March 31, 2010

Petua Seri Pengantin

selamat pagi semua....ari ni adalah last day dalam bulan 3 kan..:) saya saja je la search pasal petua nk naik kan seri bagi pengantin.tu pun sebab kawan sya yg ingat kan...hu..hu..so terjumpa la petua2 ni...diharap B2B yg lain dpt la wat mana yg mampu..mana tau berhasil...persediaan utk hadapi hari bahagia nanti...selamat mencuba...:)


1.untuk serikan wajah, tumbuk kunyit sampai halus dan sapukan pada wajah, then bersihkan dengan air. Boleh jugak jadikan bedak sejuk yang dicampurkan dengan beras yang ditumbuk. Fungsi - nak ilangkan muka berminyak dan naikkan seri wajah.

2.Sapukan madu pada muka, dan biarkan kering. then basuh bersih. Tujuan - nak lembapkan muka yang kering. Tapi bagus jugak kalau amalkan madu setiap pagi..

3.Amalkan petua memakan kelopak bunga mawar yang segar, sekuntum setiap hari. Dahulukan dengan membaca surah alFatihah dan ayat nabi yusuf sebelum makan.

4.Lentikkan bulu mata dengan daun lidah buaya.

5.Hitamkan rambut dan hilangkan kelimumur dengan sapukan hiris limau purut pada rambut di kepala. Gosok dah basuh.

6.Naikkan seri wajah dengan mandi bunga. Harus try mandi bunga nie sebulan sebelum kawin. Paling2, 7 jenis bunga yang wangi... then hiris limau purut dan limau nipis dan campurkan sekali untuk menambahkan haruman pada air mandian
7.Rebus kurma cina dengan air hingga warnanya seperti warna teh. Then minum macam ko minum air masak hari2.. Tujuan - untuk menggalakkan peredaran darah.

8.Kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental kulit muka dan badan. campur dengan air mawar bagi memutih dan melembutkan kulit.

9.Gunakan serai sebagai syampu, apakah?????????? katanya, tumbuk serai tu then lumur kat rambut. Gosokkan kat kepala.. so, haruman rambut bukan aje menyegarkan malah boleh hilangkan kotoran pada kulit, gitu..

10.Kalau nak cantikkan kuku lak, sapukan jus limau purut pada kuku sekerap yang buleh.

3 comments:

.:Mrs. Engineer:. said...

wow...gud info...tq 4 sharing...

sri seri said...

sama2..sharing is caring...:)

ElyaElmo said...

he3..petua tradisional..i likee!!~

Post a Comment